Filem Beauty and The Beast ditangguhkan tayangannya yang sepatutnya pada 16 Mac 2017. |
Sehingga kini (14 Mac 2017), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tidak mengeluarkan keputusan untuk mengharamkan (banned) penayangan filem terbitan Disney, Beauty And The Beast.
Bermakna filem diadaptasi dari animasi kepada aksi realiti itu boleh ditayangkan kepada umum.
Ada beberapa sentimen yang menyalahkan LPFM kerana berlaku tidak adil atau double standard.
Portal berita www,thegurdian.com melaporkan, Disney selaku penerbit dan pengedar filem Beauty And The Beast menarik balik tayangannya di Malaysia selepas LPFM meluluskan tayangannya tetapi dengan syarat membuat babak 'momen gay'.
Filem itu sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac 2017.
Pengerusi LPFM, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid yang dipetik dalam berita itu sebagai berkata, pihaknya tidak tahu mengapa filem itu ditangguhkan tayangannya oleh Disney, sedangkang ia sudah mendapat kelulusan daripada badan penapisan dengan sedikit potongan membabitkan babak gay.
"Babak itu mempromosikan homoseksual yang sememangnya dilarang tetapi filem itu (selepas potongan babak terbabit) diberikan klasifikasi P13, bermakna penonton bawah umur 13 tahun boleh menonton dengan iringan keluarga atau penjaga," katanya.
LPFM tentu ada justifikasinya sendiri. Filem ini dipetik dari versi animasi. Sedikit sebanyak tentu banyak kanak-kanak bawah 13 tahun mahu menontonnya.
Apapun, LPFM masih membenarkan filem itu ditayangkan di negara ini tetapi dengan beberapa potongan pada babak yang dianggap sensitif. Mungkin ia diklasifikasikan sekurang-kurangnya P13. Mungkin boleh diklasifikan P18.
Portal www.gsc.com.my ada memaklumkan kesediaan memulangkan tiket kepada mereka yang sudah membuat tempahan untuk menonton filem ini.
GSC memberi tempoh selama 14 hari dan hendaklah tunjukkan tiket, resit atau dokumen lain sebagai bukti pembelian, tempahan untuk mendapatkan bayaran semula (refund).
Beauty and The Beast versi animasi ditayangkan pada tahun 1991. |
Filem Beauty And The Beast diadaptasi daripada versi animasi yang diterbitkan oleh Disney pada tahun 1991.
Dalam versi lakonan semula secara realiti, watak-watak penting seperti Belle dilakonkan oleh Emma Watson, manakala Beast atau The Prince iaitu Putera Raja yang disumpah menjadi hodoh dengan wajahnya menyerupai singa dan bertubuh manusia dilakonkan oleh Dan Stevens.
Watak jahat, Gaston dilakonkan oleh Luke Evans, manakala LeFou yang menjadi tali barut Gaston dipegang oleh Josh Gad.
Filem ini sepatutnya tidak ada masalah sehinggalah pada babak membabitkan Gaston yang 'mesra dan intim' dengan LeFou.
Elemen gay dan homoseksual ini memang sudah melanggar adab dan nilai kesopanan di negara ini. Bukan saja di negara ini, tetapi di England dan Amerika Syarikat, penayangan filem Beauty And The Beast turut menghadapi bantahan kerana adegan yang dianggap tidak senonoh itu.
Russia mencadangkan supaya filem itu diharamkan terus daripada ditayangkan di negara itu.
Memetik laporan portal berita www.bbc.com/news/entertainment-arts, Menteri Kebudayaan Russia, Vladimir Medinsky sebagai berkata filem Beauty And The Beast sebagai 'propaganda mereka yang tidak malu dengan dosa'. Undang-undang Russia melarang keras penyebaran propaganda gay dalam kalangan golongan bawah umur.
Menerusi akhbar digital di London, http://metro,co.uk, pengarah Beauty and The Beast, Bill Condon secara terbuka mengaku memang ada 'ruang masa eksklusif untuk gay' yang membabitkan aksi LeFou dan Gaston.
"LeFou adalah seseorang yang pada satu ketika mahu menjadi Gaston miliknya, dan pada hari yang lain mahu mencium Gaston," kata Condon,
Penjelasan Condon sekali gus membuktikan ini adalah kali pertama sebuah filem Disney memaparkan watak gay secara terbuka.
Majalah hiburan digital popular Amerika, Variety,com pula melaporkan beberapa panggung wayang di Alabama membatalkan penayangan filem Beauty And The Beast kerana terdapat babak yang tidak sesuai untuk tontonan sesi keluarga.
INFO
* P13 - Penonton berumur bawah 13 tahun, memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan, jalan cerita yang sukar difahami dan boleh menganggu emosi kanak-kanak
* 18 - Untuk penonton berumur 18 tahun dan ke atas. Filem ini mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan, adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.
no gay scene actually. i dont know where and when that gay part...typical malay film industry
BalasPadam