Agi Idup Agi Ngelaban! Agi Idu Agi Ngelaban! bermaksud selagi hidup, selagi itu lawan.
Itulah bahasa Iban yang dilaungkan oleh Kanang ketika cedera parah dalam satu operasi melawan pengganas komunis.
Kata-kata itulah menjadi keramat dalam filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors yang ditayangkan dipanggung wayang seluruh negarah sejak 16 Mac 2017.
Filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors - mengangkat keberanian lelaki Iban yang dalam perjuangan menentang musuh ketika negara kita dalam zaman darurat.
Beliau ialah (mendiang) Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau
Penulis bernasib baik kerana masih sempat menonton filem ini, kerana kebanyakkan panggung dilaporkan mengurangkan atau menarik balik penayangannya kerana tidak mendapat sambutan dari penonton.
Seperti kebanyakkan filem tempatan, khususnya filem Melayu, soal promosi, pemasaran dan publisiti memang sangat lemah walaupun dalam kalangan karyawan filem kita sesetengahnya sudah ada kemajuan dalam berkarya.
Antara babak tragis dalam Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors apabila rakan sepasukan Kanang terkorban. |
Anak mendiang Kanang, Langgi melakonkan watak ayahnya dalam Kanang Anak Langkau: The Iban Warriros. |
FIlem Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors jauh lebih baik daripada filem Leftenan Adnan.
Berbeza dengan cerita dalam filem Leftenan Adnan yang bersifat biografi dan meleret-leret sehingga menenggelamkan matlamat sebenarnya iaitu memaparkan aksi perjuangan habis-habisan Leftenan Adnan itu sendiri, filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors dilihat lebih fokus iaitu memaparkan keberanian Kanang.
Adi Putra antara pelakon dalam Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors |
Selepas banyak usaha dan kos dihabiskan untuk proses pembikinan, penerbit filem ini seolah-olah lupa untuk menyediakan peruntukan bagi publisiti dan pemasaran.
Pengarah Kanang Anak Langkau: The Iban Warriors, Bade Haji Azmi |
Penonton atau orang ramai sewajarnya 'dibom' dengan publisiti dan promosi mengenai kehadira filem ini.
Di penghujung filem ini habis begitu saja. Tidak ada satu remarks atau ringkasan apa sebenarnya terjadi kepada Kanang selepas pertempuran sengit di Sungei Siput, Perak. Dan, apa yang terjadi dengan kehidupan Kanang selepas meninggalkan khidmat angkatan tentera.
Tiba-tiba saja 'masuk' dengan visual mengenai kematian Kanang sedangkan dalam pertempuran itu, difahamkan Kanang koma kerana cedera parah.
Siapa Kanang anak Langkau?
* Dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak
* Menjadi anggota tentera dengan Tentera British sebagai Penjejak Iban (Iban Tracker).
* Mengikuti latihan ketenteraan di Jungla Warfare School di Ulu Tiram, Johor pada 1962.
* Diserapkan dalam anggota 42 Komando ketika Revolusi Brunei dan era Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
* Berkhidmat di bawah Rejimen Infantri Diraja New Zealand sebelum diserapkan dalam Sarawak Rangers yang kemudian menjadi sebahagian Malaysian Rangers apabila Pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963.
* Sarawak Rangers sebahagian daripada Tentera British dan apabila British berundur, ia kemudian diserapkan menjadi Rejimen Ranger Angkatan Tentera Malaysia.
* Pada 1 Jun 1979, Sarjan Kanang dan rakan sepasukan dari Batalion Ke-8 Royal Rangers, menyertai operasi mengesan musuh di Hutan Simpan Korbu, Hulu Kinta, Perak.
* Dalam pertempuran ini, lima musuh (pengganas komunis) berjaya dibunuh. Bagaimanapun, dua anggota tentera cedera parah. Kanang dianugerahkan Pingat Gagah Berani oleh Yang DiPertuan Agong.
* 8 Februari 1980, Kanang mengetuai satu paltun untuk mengesan musuh yang membunuh seorang askar di Tanah Hitam, Perak.
* Selepas 11 hari mengesan jejak, Kanang berjaya menjejaki sekumpulan besar musuh di Ladang Kinding, Sungei Siput, Perak.
* Pada 19 Februari 1980, pertempuran sengit berlaku di antara platun di bawah pimpinan Kanang dengan pengganas komunis. Dalam pertempuran itu, Kanang terkena tiga tembakan dari musuh tetapi beliau tidak mengalah untuk terus mengangkat senjata.
* Di sebalik menahan kesakitan, beliau terus memberikan semangat kepada rakan-rakannya untuk terus berjuang dan jangan berundur.
* Seramai lima pengganas komunis berjaya dibunuh dalam pertempuran ini. Bagaimanapun, seorang tentera maut ketika dalam usaha untuk menyelamatkan rakan seperjuangan yang cedera parah dalam pertempuran ini.
* Kanang sendiri koma hampir sebulan akibat kecederaan teruk yang dialaminya ketika itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan