Rabu, 8 Mac 2017

Mengubah suai tubuh badan dan wajah


Mengubahsuai anatomi atau tubuh dipercayai sudah dilakukan oleh manusia sejak ribuan tahun.
Mengapa? 
Dalam kalangan pengembara yang menemui wajah-wajah ini, persoalan mengapa dan kenapa itu bergantung kepada beberapa faktor.
Bagi sesetengah tempat ia disebabkan faktor budaya, kepercayaan agama dan semangat. 
Ia kelihatan menyakitkan dan mengerikan. Tetapi ada juga yang kelihatan hodoh. Cantik atau hodoh, bergantung kepada cara mana ia ditafsirkan oleh sesuatu kaum yang mengamalkannya. 
Mereka mempunyai sebab untuk melakukannya.





Wanita dari suku kaum Afrika Mursi di Omo Valley Ethiopia, dengan bibirnya ditebuk kemudian dimasukkan cakera atau plat.
Perbuatan ini dianggap sebagai simbol kematangan wanita dan memberi tanda sudah sedia berkahwin dan melahirkan anak.


 
Gambar kanan menunjukkan masyarakat kaum Bagobo di pesisir pantai Mindanao, Filipina menunjukkan giginya yang dikikis. Gambar dirakam sekitar tahun 1910. 
Gambar kanan ialah wanita dari suku kaum Baka di yang ditemui Hutan Simpan Dzanga, Sangha di Republik Afrika Tengah. Mereka mengasah gigi atas sebab budaya melambangkang status dalam masyarakatnya selain meniru haiwan liar.

Gambar ini mungkin biasa kita tengok. 
Wanita dari suku Kayan Lahwi di Myanmar mula menambah gegelung tembaga ke leher mereka sejak berusia lima tahun. 
Berat dan jumlah gegelung tembaga ini akan menolak tulang leher dan memampatkan tulang rusuk.
Semakin banyak gegelung, semakin 'panjang' leher ditolak ke atas. 



Wanita dari suku Apatani (gambar kanan) di Arunachal Pradesh, India, secara tradisinya mengenakan palam hidung untuk menjadikan diri mereka kelihatan kurang menarik. Suatu ketika dulu, ia bertujuan untuk mengurangkan risiko diculik oleh lelaki dari kaum lain, 







Seorang lagi wanita dari kaum Mursi memakai plat bibir dan satu set tanduk lembu di atas kepalanya. Semakin banyak perhiasan danaksesori digunakannya, lebih tinggi kedudukannya dalam masyarakat mereka.








Dua gambar ini kelihatan hodoh, menakutkan atau mengerikan. Dennis Avner (gambar kiri) juga dikenali sebagai Cat Stalking, adalah lelaki dari Nevada terkenal dengan pengubahsuaian melampau pada badannya dengan meniru wajah kucing. Avner mati pada tahun 2012 pada usia 54 tahun. 
Sementara itu, Victor Peralta (gambar kanan) dari Argentina, mempunyai 90 peratus daripada tubuhnya dipenuhi dengan tatu. Lidahnya juga diubah suai untuk kelihatan bercabang.


Sebuah masyarakat di pedalaman di Perkampungan Dani di New Guinea, Indonesia mempunyai ritual yang menyakitkan. Sesetengah wanita akan memotong jarinya setiap kali ada kematian membabitkan saudara atau keluarga terdekat mereka.




Wajah tatu pada wajah bekas pemburu kepala di Kampung Longwa di Nagaland, India. Sehingga tahun 1960-an, memburu kepala musuh adalah simbol kebanggaan dan keberanian lelaki. Walaupun amalan itu sudah dihentikan, tatu pada wajah pemburu kepala ini pastinya meninggalkan kebanggan kepada lelaki itu.

Gambar kini, seorang lelaki dari wilayah Abyei, Sudan dengan parut di dahinya selepas melakukan rawatan tradisional. Begitu juga dengan parut pada lengan wanita muda di selatan Omo, Ethiopia. Dipercayai parut dari luka yang memang dilakukan oleh bomoh yang merawat mereka bertujuan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

J Revolusi, Kanang Anak Langkau dalam senarai Top 10 GSC

Filem J Revolusi masih berada di tangga ketiga carta Top 10 GSC. Dua filem tempatan, J Revolusi dan Kanang Anak Langkau: The Iba...