Daerah Hulu Langat memang terkenal sebagai kawasan riadah dan aktiviti lasak atau outdoor dalam kalangan warga kota kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negara iaitu sekitar 30 km.
Hutan, sungai dan perkampungan tradisi serta dusun buah-buahan adalah tarikan utama daerah Hulu Langat.
Tidak keterlaluan kedatangan pelawat pada hujung minggu atau cuti umum memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk di kawasan ini.
Hutan simpan negeri Selangor yang seolah-olah belum disentuh dengan kerakusan pembangunan menjadi aset kepada keindahan semula jadi di Hulu Langat yang bersempadan dengan Kuala Klawang, Negeri Sembil di selatan, Janda Baik, Pahang di timur, manakala sebelah utara pula berhampiran Ampang dan Kuala Lumpur, selain Kajang dan Putrajaya di barat.
Hutan Lipur Sungai Congkak adalah antara destinasi yang tumpuan untuk berkelah mahupun berkhemah atau merentas hutan (trekking). Hutan lipur lain seperti Sungai Gabai, Sungai Tekala, Sungai Manggis atau Hutan Lipur Sungai Loppo.
Bagi mereka yang lasak, mempunyai cukup tenaga dan inginkan cabaran, boleh mendaki Gunung Nuang di Pangsoon, antara gunung popular di Selangor. Di atas gunung ini, terdapat bekas saluran paip dan empangan lama yang membekalkan air untuk pusat tadahan air Hulu Langat.
Dalam hutan Lipur Sungai Congkak pula, selain berkhemah dan berkelah, anda boleh melakukan cabaran mendaki BukitChenuang. Bukit ini tidak sepopular Gunung Nuang kerana berdasarkan trek (laluan), ia seolah-olah jarang dikunjungi oleh pendaki.
Untuk sampai ke puncak Bukit Chenuang harus merentasi beberapa anak sungai kecil dan hutan agak tebal selain menyusup di bawah rimbunan buluh.
Ini yang paling menyeksakan. Nasib baik tidak sampai macam komando.
Apapun kepuasannya sudah pasti apabila berada di atas puncak Bukit Chenuang. Satu jam di atas puncak, berkira-kira hendak turun.
Aduhhh..malas pula tapi takkan nak bermalam di atas bukit pula. Turun tidak ada masalah. Semuanya laju dan dalam kurang dua jam sudah sampai ke check point pintu masuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan