Memang sungguh kental semangat manusia ini. Ia memang kerja nekad yang bukan semua orang boleh melakukannya.
Inilah keazaman pengembara Sweden dan pendaki gunung, Goran Kropp mengagumkan peminat aktiviti lasak pada tahun 1996, apabila dia mengayuh basikal sejauh 13,000 km dari Sweden ke Nepal, sebelum Gunung Everest tanpa oksigen tambahan dan kemudian balik negaranya dengan berbasikal juga.
Kropp semakin aktif dengan aktiviti pengembaraan lasak selepas menamatkan khidmatnya sebagai tentera. |
Kropp dibawa bapanya mendaki Norway Galdhopiggen ketika umurnya enam tahun |
Sebelum menakluki puncak Gunung Everest, dia menawan beberapa puncak hebat dan menggerunkan seperti Lenin Peak (terletak di sempadan antara Tajikistan dan Kyrgyztan) pada tahun 1988. Lenin Peak juga dikenali sebagai puncak Ibnu Sina setinggi 7,134 meter iaitu puncak tertinggi di Banjaran Trans-Alay di Asia Tengah
Kropp seterusnya mendaki dan menawan puncak Iliniza Sur setinggi 5,263 meter, Illampu (6,368 meter) dan Cotopaxi (5,897 meter) semuanya dalam jajaran Banjaran Andes di Amerika Selatan dengan pendakian bermula dari Ecuador; puncak Illimani (6,439 meter) dan Huayna Potosi (6,088 meter) di Banjaran Cordilera Real di bahagian barat Bolivia.
Puncak Cotopaxi antara gunung di Banjaran Andes di Ecuador |
Lenin Peak atau puncak Ibnu Sina terletak di Banjaran Trans - Alay terletak antra Tajikistan dan Kyrgyztan |
Puncak yang dikenali Menara Muztagh setinggi 7,509 meter di Karakoram, Pakistan |
Dia juga mendaki puncak Menara Muztagh (7,509 meter) di Banjaran Karakoram di Pakistan; dan Peak Pobeda yang juga dikenali Tomur Feng setinggi 7,439 meter di sempadan China dan Kyrgyztan.
Kropp cekal mengayuh sejauh 13,000 km dari Sweden ke Nepal semata-mata hendak menawan puncak Everest. |
Berkayuh sambil membawa bebanan lebih 100 kg |
Namun begitu, ia tidak menghalangnya daripada melakukan pengembaraan mengagumkan, iaitu pengembaraan epik dari Sweden ke Nepal untuk menyahut cabaran Gunung Everest. Dia meninggalkan Stockholm pada 16 Oktober 1995 dengan mengayuh basikal yang direka khas dinamakan Crescent Ultima.
Dengan basikal itu, dia membawa barang keperluan yang berat keseluruhannya kira-kira 108 kilogram dan makanan.
Kropp mengayuh 13,000 km untuk tiba di Base Camp Gunung Everest pada April 1996.
Ketika tiba di base camp, berlaku ribut salji dahsyat yang mengorbankan lapan pendaki. Kropp turut serta dalam kerja menyelamat dan terbabit dengan penghantaran bekalan ubat-ubatan untuk merawat mangsa ribut salji.
Pencapaian sukar dicabar
Apa yang dilakukan oleh Kropp menyebabkan dia menjadi seorang legenda dalam dunia pengembaraan lasak |
“Tetapi lain pula dengan Kropp. Dia mengayuh basikal untuk sampai di kaki Gunung Everest hampir 13,000 km dari Sweden.
Kropp nekad menawan puncak Gunung Everest dengan caranya tersendiri. |
Dia tiba dengan pakaian pendakian paling asas, mendaki pula secara solo, tanpa sebarang tong oksigen tambahan. Tapi dia boleh sampai ke puncak Everest.
“Bukan itu saja, dia balik ke rumahnya di Sweden dengan berbasikal juga, sama seperti dia datang ke Gunung Everest. Apa yang dilakukan oleh lelaki ini adalah jelas: Kropp hanya bergantung kepada semangat dan kekuatan sendiri ketika membawa barang keperluannya ke puncak Everest.”
Rotchild menegaskan apa yang dilakukan oleh Kropp pastinya sukar diikuti oleh pengembara lain.
Kropp sendiri apabila ditanya mengapa berbasikal pergi dan balik yang pastinya memenatkan, dia hanya menjawab: “Saya mahu membuat satu pengembaraan yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini.”
Kropp menegaskan dia mahu membuat satu pengembaraan hebat yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa. |
Apa yang dilakukan oleh Kropp itu tidak meletakkan dirinya sebagai manusia ‘luar biasa’. Kropp sanggup menghadapi apa saja risiko dalam melakukan pengembaraan atau aktiviti lasak yang digemarinya ini. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Kropp seorang yang mengabaikan keselamatan.
Kematian yang tragis, jatuh ketika aktiviti rock climbing
Bersama tunang, Renata Chlumska yang juga wanita Sweden pertama menawan puncak Gunung Everest. |
Pada 30 September 2002, Kropp mati akibat terjatuh ketika melakukan aktiviti rock climbing di laluan Air Guitar berhampiran French Coulee di Vantage, Washington. Dia jatuh di ketinggian kira-kira 60 kaki dan meninggal dunia serta merta.
Kematian Kropp meninggalkan inspirasi kepada pengembara dan pencinta aktiviti lasak |
Dia baru berusia 35 tahun tetapi apa yang dilakukan dalam dunia pengembaraan lasak menyebabkan namanya dicatatkan sebagai legenda. Kropp mencatatkan namanya sebagai pengembara lasak dan aktiviti outdoor paling dikagumi dunia.
Cerita pencapaiannya memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya.
# zainurimisfar
# pengembara lasak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan